Mogok umum ialah
tindakan mogok oleh seluruh
buruh di dalam sebuah
bandar,
negeri, atau
negara. Pada akhir
abad ke-19, gerakan-gerakan buruh antarabangsa menganjurkan mogok umum atas alasan-alasan
industri atau
politik.Mogok umum kerap berlaku di
Sepanyol semasa awal
abad ke-20 ketika
Anarko-sindikalisme pemberontakan amat popular. Mogok umum yang terbesar dalam sejarah
Eropah terkini yang kebetulannya juga merupakan
mogok kilat umum yang terbesar, ialah mogok
Perancis pada bulan Mei
1968.Banyak gerakan
sayap kiri dan
sosialis berharap untuk memulakan "
pemberontakan aman" dalam negara melalui mengatur cukup pemogok supaya dapat melumpuhkan negara sama sekali. Dengan alat negara dan korporat dilumpuhkan sedemikian, para pekerja akan berupaya menyusun semula masyarakat mengikut cara yang amat berbeza.
Falsafah ini disukai oleh Pertubuhan
Pekerja-pekerja Perindustrian Dunia, sebuah pertubuhan buruh yang radikal, khususnya pada awal
abad ke-20 ketika banyak ahlinya berharap untuk menganjurkan "Satu Kesatuan Besar" untuk semua pekerja yang akan melancarkan mogok umum yang dapat menamatkan
kapitalisme buat selama-lamanya.Istilah "mogok umum" kekadang juga dipergunakan untuk mogok besar-besaran semua pekerja dalam sesuatu industrti, umpamanya
Mogok pekerja tekstil (1934). Mogok "umum" ini, walaupun betapa besar, hanya melibatkan pekerja-pekerja yang mengejar tuntutan-tuntutan sendiri. Sebaliknya, mogok umum klasik juga melibatkan pekerja-pekerja yang tidak mempunyai sebarang manfaat langsung terhadap keputusan mogok; umpamanya dalam
Mogok Umum San Francisco 1934, kedua-dua kumpulan pekerja terancang dan bukan kesatuan mogok selama empat hari untuk membantah taktik-
taktik polis dan
majikan yang membunuh dua orang yang berpiket serta untuk menyokong tuntutan-tuntutan para pekerja pelabuhan dan
kelasi.Perbezaan tidak selalu ketara. Umpamanya dalam
Mogok Teamster Minneapolis 1934, banyak
kesatuan sekerja pembinaan dan pertubuhan untuk
penganggur projek-projek kerja raya persekutuan mogok untuk bersimpati dengan para pemandu lori serta untuk membantah terhadap keganasan polis yang ditujukan kepada kumpulan yang berpiket. Ribuan orang lain menyertai tunjuk-
tunjuk perasaan yang dikendalikan untuk menyokong para pemogok. Walaupun mogok-mogok bersimpati serupa ini amat besar, ia tidak pernah mencapai tempoh atau ruang lingkup yang diperlukan untuk menjadi "mogok umum"; bagaimanapun, para pengendali mogok Teamster tidak pernah memerihalkan mogok mereka sedemikian.